Tuesday, November 9, 2010

Angkup Vernier ( Vernier Caliper )

Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin.Angkup vernier mempunyai dua skala iaiut skala utama dan skala vernier.


BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER.

BADAN.
Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai sanggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier.

PLAT VERNIER.
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepangjang badan.

RAHANG.
Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada  plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan  rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.

RUSUK.
Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

SKRU PENGUNCI.
Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

PENGANJAK HALUS.
Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketakan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

BILAH PENGUKUR DALAM.
Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

PRINSIP SKALA VERNIER.
Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak dianatara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup Vernier mestilah:
1.   Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.
2.   Senggatan pada skala utama dibuat  lebih besar daripada skala vernier.
3.   Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

No comments:

Post a Comment