Monday, November 8, 2010

Metal Identification


Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mengenal pelbagai jenis keluli.

1.     Kod Warna
         
          Keluli daripada berbagai-bagai jenis dan gred biasanya diwamakan dengan wama tertentu di babagian hujunguya. Tetapi cara ini banyak kelemahannya kerana selain daripada wamanya mudah hilang (sebab terpotong), kandungan karbonnya tidak dapat diketahui

2.     Memerhatikan dengan Mata Kasar

         Melalui pengalaman, setengah-setengah keluli dapat dikenali dengan melihat dengan mata kasar sahaja,   iaitu berpandukan sifat-sifat  fizikalnya seperti kcluli hitam atau keluli kilat.

3.     Ujian Magnet

           Kebanyakan logam ferus tertarik kepada magnet, tetapi logam bukan ferus tidak tertarik langsung kecuali nikel.

4.     Ujian Kekerasan

         Kekerasan keluli ditentukan oleh kandungan karbonnya. Alat penguji kekerasan seperti Rockwell, Brinnell dan Vickel digunakan untuk menguji kekerasan berbagai-bagai jenis logam sama ada logam ferus atau logam bukan ferus.

5.     Ujian Menguris

          Logam lembut akan meninggalkan kesan calar apabila diguris.

6.     Ujian Mengikir

           Apabila mengikir permukaan logam keras terutama sekali keluli yang dikeraskan, kikir akan menggelongsor tanpa memotong bahan.

5.     Ujian Bunga Api

          Apabila mencanai sebarang logam, ia akan mengeluarkan bunga api. Setiap logam akan mengeluarkan bunga api yang berlainan bergantung pada kekerasannya.

Bunga api yang dikeluarkan oleh keluli berbagai jenis

No comments:

Post a Comment